Pages

Monday 3 October 2011

Kajian Tempatan Tahun 4

Perihal Rumah KT Thn4

REFLEKSI:
PENDAHULUAN:
Tajuk ini merupakan salah satu tajuk yang asas dalam matapelajaran Kajian Tempatan kerana ia berkisar tentang kehidupan murid-murid itu sendiri. Sememangnya bagi murid-murid Tahun 4, tajuk-tajuk yang diperkenalkan dan dipelajari adalah berkisarkan tentang persekitaran diri mereka, keluarga dan rakan-rakan. Tajuk-tajuk tersebut membantu mereka mambuka minda dan mengenali apakah yang sebenarnya ini di dalam matapelajaran Kajian Tempatan ini.

KEKUATAN:
Kaedah yang banyak saya gunakan di dalam tajuk ini adalah soaljawab kerana soaljawab dapat membentuk minda murid untuk lebih berfikir secara cepat dan kritis. Soalan-soalan yang saya kemukakan tidak begitu mengelirukan dan saya juga menggunakan laras bahasa yang sesuai. Ramai murid memberikan respon yang baik terhadap soalan yang saya ajukan dan ada di antara mereka pula yang tampil memberikan pendapat. Persembahan PPT yang saya buat khas bagi menarik minat mereka juga berjaya membentuk aliran minda mereka dan mengetahui halatuju pelajaran pada hari tersebut.

KELEMAHAN:
Kelemahan untuk tajuk ini tidak begitu ketara, hanya beberapa masalah teknikal yang perlu saya perbaiki jika saya berhasrat untuk menggunakan kaedah yang sama pada masa yang akan datang. Saya tidak seharusnya memberikan soalan yang bertubi-tubi pada seorang murid sahaja tetapi patut saya agih-agihkan soalan kepada murid-murid yang lain kerana saya sendiri tersedar, apabila murid tersebut tidak dapat menjawab, saya hanya tunggu beberapa ketika sehingga dia berjaya menjawab soalan. hal ini akan menyebabkan masa terbuang begitu sahaja.

PENAMBAHBAIKAN:
Pertama sekali, soalan yang saya ajukan perlulah terancang dan bercapah, yang mana soalan-soalan saya tidak harus tertumpu kepada seorang murid sahaja. Saya tidak perlu menunggu sekian lama untuk seorang murid memberikan pendapatnya tetapi memberikan peluang kepada orang lain menjawab dahulu, agar murid yang disoal itu mendapat idea dan seterusnya dapat menjawab soalan dengan jayanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...