Pages

Monday 3 October 2011

Kajian Tempatan Tahun 5

KT Mengenal Malaysia

REFLEKSI:
PENDAHULUAN:
Topik ini merupakan topik yang pertama di dalam sukatan pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Saya memilih tajuk ini untuk diletakkan di dalam blog yang tidak seberapa ini kerana dengan ABM inilah, murid-murid saya mula menunjukkan minat di dalam matapelajaran ini.

KEKUATAN:
Di dalam aktiviti P&P ini, saya telah menggunakan PPT dan bahan-bahan maujud (kompas) untuk diperhatikan oleh pelajar. Mereka menunjukkan minat yang mendalam apabila mereka mula mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk yang diajar (walaupun ada suara-suara nakal yang mengajukan soalan yang tidak masuk akal). Melalui soaljawab dan pengetahuan sedia ada murid-murid serta visual yang nyata, objektif pelajaran bagi tajuk ini tercapai.

KELEMAHAN:
Saya terpaksa juga mengakui juga kelemahan saya, apabila menyedari bahawa saya hanya bergantung pada bahan yang saya sediakan sahaja dan melupakan buku teks, walhal di dalam buku teks itu juga ada terisi maklumat yang cukup untuk pengetahuan murid-murid saya. Hanya pada saat-saat akhir, saya teringat akan hal ini dan dengan sedikit kelam kabut menyuruh murid-murid saya membuka buku dan membaca maklumat dari sana.

CARA MENGATASI:
Pada masa akan datang, saya harus lebih bersedia dan lebih mengetahui cara untuk mengintegrasikan penggunaan buku teks dengan ABM yang saya gunakan agar masa P&P dapat dimaksiakan dengan sepenuhnya. Kesilapan ini mengajar saya untuk mengambil rujukan daripada buku teks, selain daruipada bergantung kepada PSA murid-murid saya sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...